REFLEKSI ADLINA
Syukur ke hadrat Illahi dapat juga saya menyiapkan tugasan
subjek Kesihatan dan Kecergasan (KQK 1051). Jutaan ucapan terima kasih
didahulukan kepada pensyarah subjek ini iaitu Puan Nursyanaz Amira Binti Rosli
yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan masalah
yang timbul sepanjang melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pasangan
saya iaitu Mardhiatul Aina Binti Razani yang telah banyak membantu memberikan idea-idea menarik dan juga
memberikan kerjasama yang baik untuk menyiapkan tugasan ini.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat belajar
tentang perkara baru dimana saya banyak membuat kajian dan penyelidikan dengan
membuat carian di internet tentang topik yang saya pilih iaitu penjagaan
makanan, antaranya tentang tips penjagaan dan jenis pemakanan yang berkhasiat. Secara
tidak langsung, apa yang telah saya kaji dan pelajari dalam melakukan tugasan
ini dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya untuk memastikan
kesihatan diri lebih terjamin.
Saya juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang
lain tentang topik yang saya pilih kerana dalam tugasan ini kami diminta untuk
membuat pembentangan. Tugasan ini sangat membantu saya meningkatkan tahap
keyakinan diri saya untuk bercakap di khalayak ramai. Walaupun ia merupakan
cabaran kepada saya memandangkan saya tidak mempunyai keyakinan diri yang
tinggi untuk bercakap di khalayak ramai tetapi saya mampu atasinya dan
melakukannya dengan baik. Dalam tugasan ini juga, saya banyak menimba ilmu
berkaitan dengan pengurusan wang, kesihatan mental, vaksin dan hobi yang telah
dibentangkan oleh rakan-rakan seperjuangan saya.
Seterusnya, semangat kerjasama antara saya dan pasangan saya
iaitu Aina sangat baik kerana dia banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar
kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat selesa melakukan
tugasan yang diberikan bersama Aina. Selain itu, antara masalah yang saya sering
saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini adalah gangguan bunyi bising ketika
saya ingin merekod video tugasan kerana setiap kali saya ingin merekod video
terdapat banyak gangguan seperti suara orang dan bunyi haiwan tetapi cabaran
tersebut dapat saya atasinyan dengan cara saya merekod video pada awal pagi
kerana pada waktu itu tiada gangguan yang saya hadapi.
Comments
Post a Comment