REFLEKSI AINA
Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan untuk subjek Kesihatan & Kecergasan(KQK 1051) bagi semester ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nursyanaz Amira Binti Rosli atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada pasangan saya iaitu Adlina Farisah Binti Husin kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Banyak ilmu dan pengetahuan yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya, ialah saya lebih memahami tentang penjagaan pemakanan dengan lebih mendalam iaitu dengan mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat, mengambil makanan yang membekalkan nutrient dan zat yang mencukupi, makan mengikut masa dan banyak lagi. Ilmu ini dapat saya gunakan dalam kehidupan saya untuk membantu saya dalam menjaga pemakanan. Saya juga dapat mengetahui tentang kesan tidak menjaga pemakanan dan kepentingan jika kita menjaga pemakanan.
Selain itu, dengan melakukan tugasan ini saya dapat meningkatkan tahap keyakinan diri saya untuk bercakap di khalayak ramai memandangkan dalam tugasan ini kami diminta untuk melakukan pembentangan tentang tajuk tugasan yang kami pilih. Daripada tugasan pembentangan juga, saya memperoleh banyak ilmu daripada kawan-kawan saya yang lain mengenai tajuk tugasan mereka. Antaranya ialah pengurusan wang, kesihatan mental, hobi, vaksin dan senaman. Ia sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan saya tentang perkara tersebut.
Saya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pasangan saya untuk menjayakan tugasan ini. Kami saling berkongsi idea dan mencari jalan penyelesaiannya bagi setiap permasalahan yang kami hadapi antaranya kekurangan idea untuk pembentangan dan juga masalah untuk menyiapkan tugasan video memandangkan kita dalam pembelajaran dalam talian.
Tajuk tugasan yang saya pilih sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan panduan kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Setelah mendapat tajuk ini, saya membuat kesimpulan bahawa penjagaan pemakanan memberi kesan yang cukup besar terhadap diri kita sendiri kerana terdapat frasa yang mengatakan apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Yang membawa maksud jika kita menjaga pemakanan maka baiklah fizikal dan mental kita.
Comments
Post a Comment